'Be Strong'


Assalamualaikum.

Tersedar. Blog ni dah macam bukan blog peribadi. Rindu sangat teramat amat amat yang teramat suasana blog lama (blog ni juga padahal) yang share pasal kpop yang budak-budak sangat tak matang. Marah sedih suka semua diisi. Baru sedar aku dah meningkat usia gitu. Dah tak tahu post benda yang tak penting. Tapi sebab tak buat benda yang tak penting tu lah rasa bosan. Why not I share something. Mungkin semua pernah rasa perasaan tak dapat apa yang diingini. Berharap sangat tapi tak dapat. Kecewa ? Menangis ? Rasa nak terjun katil ? Aku pernah rasa. Selalunya sampai seminggu melayan perasaan kecewa tak dapat apa yang aku nak. Contoh, coklat snickers almond yang aku cari kat kedai yang sama tapi dah habis. 

Everything Happens For A Good Reason.

Bila kecewa, cepat-cepat muhasabah diri. Fikirkan 'mungkin' dan 'kalau' dalam kepala. 'Mungkin tak dapat ni, dapat yang lain' 'Kalau yang ni pergi, yang lain akan datang' semuanya atas izin Allah. Bila rasa sedih, kecewa, cepat-cepat berfikiran positif. Apa yang buruk ada baiknya (hikmah). Kita tak selalunya akan rasa sedih. Mesti sedih tu ada penggantinya. Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui. Apa yang kita lalui, biar rahsia kita dengan Allah. Sakit perit macam mana pun, mengadu pada-Nya. Be strong gais and dear self.

No comments:

Post a Comment

I don't approve harsh comments (: