Sumpah Sayang


Post pertama untuk bulan Mac! Ceritanya tadi bosan sampai create a  account as a place for my alter ego kononnya. I've followed kak Anna and stumbled upon her tweet about Surah al-Kahfi and some motivational tweets. I just love anyone that gives me any words which is beneficial for my life. Tak banyak, sikit pun jadi. Asalkan ilmu bertambah. Teringin juga jadi macam tu. Jadi orang yang mengingatkan orang lain tapi rasa diri kecil sangat tak berilmu, tak cukup nak tegur orang lain. Nak kongsikan apa yang saya baca tadi. Sebelum ni pernah baca tapi baca tak ikhlas mungkin. Apa yang saya baca;


Bukan benda baru, pernah diingatkan sebelum ni tapi diri buat tak tahu. Patutlah semua ingatkan baca surah al-Kahfi terutamanya pada hari Jumaat. Boleh google pasal kebaikan surah al-Kahfi yang melindungi kita daripada fitnah Dajjal. InshaAllah sama-sama kita hafal. Bookmark in your phone, al-Quran or anything so that you can easily recite and memorize surah al-Kahfi.

Surah al-Kahfi (10 ayat terawal)
Surah al-Kahfi (10 ayat terakhir)

Awak awak awak yang saya sayang, jangan pandang post atau ingatan ini sebab saya nak menunjuk baik atau solehah padahal diri saya belum sampai tahap tu pun, belum cukup baik. But back to basic, kata orang. Pandanglah post ni sebagai ingatan daripada seorang kawan yang sayangkan kawan. Kebanyakan kita tak sampai hati tegur depan-depan sebab taknak menyinggung perasaan kawan, ini je yang mampu. Tak rugi kongsi kebaikan yang kita tahu. Sometimes, we need time for self-reflection, right?  Buat awak yang rasa kurang tenang atau banyak masalah, jangan pandang laman sosial dulu tapi pandang sejadah. Ingatkan diri untuk solat dan baca al-Quran. Mohon jangan pandang ringan dua perkara ni. Balik kepada yang asas. Ingat Allah, sebaik-baik pertolongan 


No comments:

Post a Comment

I don't approve harsh comments (: